Subaru Asia bot icon
English Version 中文版

Keselamatan dalam 100 Cara

Pada masa yang tidak menentu, tidak ada yang lebih berkemanusiaan daripada keinginan untuk selamat. Keselamatan adalah kunci kelangsungan hidup kita. Ia adalah tema yang menghubungkan keputusan yang kita buat dalam kehidupan kita dan kehidupan mereka di sekeliling kita. Bagi syarikat automotif yang mana namanya menjadi sinonim dengan keselamatan, ia juga menunjukkan pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana kita memandu dan apa yang mendorong kita untuk melindungi apa yang paling kita sayangi.

Dengan semangat ini, TIME dan Subaru melancarkan satu perkongsian baharu, Keselamatan dalam 100 Cara, yang akan menggabungkan 100 ciri-ciri keselamatan inovatif Subaru ke dalam kisah-kisah yang mempamerkan peranan penting yang dimainkan oleh keselamatan dalam kereta yang kita pilih untuk memandu dan menjawab soalan-soalan yang mempunyai impak yang lebih besar terhadap keselamatan automotif daripada yang anda fikirkan. Melalui destinasi digital interaktif, Keselamatan dalam 100 Cara akan menggunakan video dan artikel gaya dokumentari untuk mengetengahkan perspektif manusia terhadap teknologi keselamatan dan menerokai bagaimana ia mempengaruhi setiap aspek pengalaman memandu dari bagaimana kita memandu hingga mengapa kita kekal setia dengan kereta yang kita percayai.

Keselamatan dalam 100 Cara

Video gaya dokumentari akan diselitkan ke dalam kisah-kisah mangsa nahas seperti pemuda yang diselamatkan tanpa apa-apa kecederaan daripada perlanggaran ngeri dengan trak dengan kelajuan hampir 140 km/jam, dan kemudiannya melangsungkan majlis perkahwinannya sebulan kemudian. Setiap video akan mengetengahkan pelbagai elemen momen yang tidak dapat dilupakan yang mengubah hidup mereka dan meneroka peranan 100+ ciri-ciri keselamatan Subaru mainkan dalam kelangsungan hidup mereka.

Artikel akan meneroka beberapa faktor yang tidak dijangka yang menentukan peranan ciri keselamatan ini ketika kita memandu. Kami ingin menjawab soalan-soalan seperti: Sejauh manakah factor-faktor budaya dan sifat manusia mempengaruhi tingkah laku kita ketika memandu? Apakah yang dapat disampaikan oleh kisah-kisah mangsa kemalangan mengenai teknologi keselamatan yang kita bergantung pada setiap kali kita memandu? Apa yang membuatkan keluarga-keluarga membeli jenama kereta yang sama untuk bergenerasi?

Sebilangan besar daripada kita duduk di dalam kereta setiap hari tetapi berapa ramai daripada kita yang benar-benar memahami apa yang menentukan keselamatan kita semasa berada di dalam kereta? Dengan mendedahkan apa yang dipertaruhkan setiap kali kita berada di dalam kereta, Keselamatan dalam 100 Cara akan membantu kita lebih memahami apa yang dapat kita lakukan untuk memastikan kelangsungan hidup kita sendiri.

Find a Showroom

There's no better way to experience a Subaru.

Locate the nearest

Schedule a Test Drive

Experience Subaru performance from behind the wheel.

Book one today

Get a Brochure

See detailed specifications and explore helpful information at your leisure.

Request now